Schlumberger sedia sokongan teknologi untuk MOGS

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on google
Share on whatsapp

Source: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/03/792943/schlumberger-sedia-sokongan-teknologi-untuk-mogs

KUALA LUMPUR: Mulk Oil & Gas Synergy Sdn Bhd (MOGS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd untuk memantapkan penawaran perkhidmatan telaga minyak bersepadu (IWS).

Di bawah MoU itu, Schlumberger akan menyediakan sokongan teknologi dan teknikal kepada MOGS, terutama dengan Pengoptimuman Portfolio Telaga, yang membolehkan MOGS untuk mengutamakan dan mempercepatkan operasi intervensi.

Ketua Pegawai Operasi MOGS, Fizlie Mansor, berkata kerjasama dengan Schlumberger akan mengukuhkan lagi penawaran penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan itu dalam sektor minyak dan gas.

Katanya, dengan kerangka kerja yang jelas, MOGS kini berupaya mempercepatkan cadangan perniagaan yang unik kerana ia menyasarkan untuk menyampaikan penyelesaian baharu dan inovatif dalam perkhidmatan telaga minyak di Malaysia, terutama di lapangan marginal.

“Schlumberger dalam kedudukan terbaik untuk membantu MOGS merancang dan melaksanakan program IWS dengan cekap,” katanya pada sidang media selepas majlis MoU itu secara maya, hari ini.

Pada majlis itu, MOGS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azahar Mat Hasan manakala Schlumberger Malaysia oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Aminuddin Said.

Majlis turut disaksikan oleh Pengarah MOGS, Datuk Wira Jalilah Baba dan Pengarah Akaun Global Schlumberger, Zahris Sham Abu Musa.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Schlumberger Asia Timur, Mohsin AlHadhrami.

Sementara itu, Mohsin berkata, MoU itu akan membolehkan kedua-dua pihak menggabungkan kepakaran masing-masing bagi menawarkan penyelesaian terbaik untuk industri.

Katanya, kerjasama Schlumberger dan MOGS adalah untuk mencipta penyelesaian yang unik dan menjimatkan kos dengan objektif kedua-dua pihak adalah untuk memaksimumkan pengambilan nilai daripada lapangan sedia ada.

“Kerjasama ini akan membolehkan MOGS mengkaji secara komprehensif potensi pengeluaran lapangan sedia ada, diagnosis dan menangani masalah integriti pengeluaran selain mengesyorkan penyelesaian untuk memberi nafas baharu kepada telaga terbiar yang akhirnya menghasilkan pengeluaran lapangan optimum.

“Proses ini juga dijangka dapat meningkatkan faktor pemulihan rizab lapangan dan memanjangkan lagi jangka hayatnya, sekali gus memberikan pendekatan yang lebih lestari dalam perkhidmatan telaga,” katanya.

More Media Press Release

MOGS, Schlumberger Malaysia to boost recovery from oil wells

“MOGS is looking forward to work with Schlumberger on this production optimisation initiative for which Schlumberger is uniquely positioned to assist MOGS in planning and executing the IWS programme efficiently,” he told reporters after a virtual MoU signing ceremony between MOGS and Schlumberger today.

Read More »